Jadilah insan yang berpegang teguh pada ajaran ALLAH.
Jadilah insan yang disayangi oleh ALLAH
Dan jadilah insan yang akan sentiasa menyanyangi sesama MANUSIA.
Mereka yang banyak membaca dan tidak mengamalkannya
hanya akan digelar insan yang berMAKLUMAT,
TAPI mereka yang banyak membaca dan mengamalkannya
barulah akan digelar insan yang berILMU.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..
andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Tidak ramai ketika diuji kemiskinan tapi
tetap bersyukur dengan apa yang tersedia.
Lebih teruk lagi ketika diuji dengan kecukupan bahkan
kemewahan namun tetap tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Carilah pertemuan-pertemuan yang mampu
menaikkan semangat kita untuk berjihad dalam jalan kebaikan,
bukan pertemuan-pertemuan yang mengobarkan semangat kita untuk berjahat di jalan kebatilan.
Ada yang mempunyai kemahuan tapi tiada kemampuan untuk melakukan kebaikan,
namun yang lebih teruk adalah yang mempunyai kemampuan tapi
tiada kemahuan untuk melaksanakan kebaikan.
Ayuh tingkatkan kemahuan dan kemampuan kita dalam berbuat kebaikan.