Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Marilah saya memperkenalkan diri dahulu sebelum anda meneroka lebih dalam tentang kandungan laman web ini. Saya dilahirkan di Felda Chiku 03 dan 12 April 1990 merupakan tarikh lahir saya. Saya amat bersyukur kerana ibu telah melahirkan saya untuk membawa saya datang ke dunia yang harmoni ini.
Kawan-kawan dan para pelayar sekalian,
Saya berasal dari sebuah kampung yang bernama Felda Chiku 03. Kampung saya terletak di daerah Gua Musang, Kelantan. Nama saya Asrul Azuan Bin Mat Dehan. Saya berumur 23 tahun. Pada masa lapang, saya amat suka membaca novel. Selain itu saya juga berminat untuk mencuba resepi-resepi baru yang saya akses daripada internet. Di rumah, saya suka memasak terutama masakan ala kampung yang menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga.
Kehidupan yang sederhana telah menjadikan saya seorang yang mudah menerima segala dugaan. Mat Dehan Bin Che Soh dan Saloma Binti Said merupakan sahabat, ayah dan ibu, pengubat duka, penyeri hidup saya selama 23 tahun. Kasih sayang daripada mereka membuat saya bertahan hidup selama hari ini.
Hidup secara berdikari bermula pada pertengahan tahun 2010, di mana saya diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia. Dari tarikh itu, semuanya saya uruskan sendiri tanpa bantuan daripada keluarga. Kehidupan di kampus telah mengajar saya untuk menjadi seorang tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
2013, merupakan tarikh penting dalam hidup saya. 2013 akan menjadi saksi bahawa saya akan bergelar graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Setelah 3 tahun bertungkus lumus menghabiskan pengajian akhirnya semua itu dibalas dengan kejayaan.