ANTARA SAHABAT DAN CINTA (BAHAGIAN 1)
Hari pendaftaran di universiti telah tiba. Zafuan tiba lebih awal berbanding Tina. Zafuan dihantar oleh keluarganya. Orang ramai telah memenuhi perkarangan dewan tempat pendaftaran. Kemudian Zafuan dihantar ke kolej kediaman. Di sana Zafuan telah berjumpa dengan orang yang lama dia tak jumpa dan yang dia rindu.
`Assalamulaikum` ujar Zafuan sebaik sahaja membuka pintu bilik.
`Waalaikumusalam` jawab teman sebiliknya
`Zul! ` Jerit zafuan
`Zaf! ` Balas zulhairi
`Apa kau buat kat sini` Tanya Zafuan
`Aku sambung belajar kat sini` Jawab Zulhairi
`Kau macam mana sekarang, makin kacak la. ` Kata zafuan kegembiraan berjumpa sahabatnya
`Aku ok je, kau datang dengan siapa` Tanya Zulhairi
`Aku datang dengan keluarga aku, ibu, ayah, along dan abang ngah` kata Zafuan
`Mana mereka, lama tak jumpa mereka. ` Ujar Zulhairi
`Sebentar lagi mereka naik, tadi mak nak ke tandas. ` Kata Zafuan
*****
`Assalamualaikum` Kata Mak Cik Midah
`Waalaikumusalam..Mak…tengok siapa yang jadi rakan sebilik Zaf. ` Kata Zafuan kepada maknya
`Zulhairi! lamanya tak jumpa…Zul macam mana nak…sihat?` Tanya Mak Cik Midah
`Sihat Mak Cik, Mak Cik apa khabar? ` Soal Zulhairi
`Sihat nak...sihat gaya orang tua` jawab Mak Cik Midah
Setelah sejam mereka berbual pelbagai cerita dikongsi termasuklah punca kehilangan zulhairi dari kampong mereka. Zulhairi meninggalakan kampungnya kerana tidak tahan menanggung derita dan mahu melupakan sejarah hitam dia di kampong tersebut. Dia ke rumah ibu saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur.
*****
`Zaf, mak ayah balik dulu. ` Kata Mak Cik Midah.
`Baiklah mak` kata Zafuan.
`Zaf, belajar elok-elok, nanti kirim salam kat Tina. ` Pesan ayahnya.
`Baik ayah, along! Pandu elok-elok, nanti bila sampai rumah jangan lupa telefon Zaf. ` Pesan Zafuan kepada kakaknya.
Kereta saga milik kakaknya meluncur laju meninggalkan universiti. Zafuan dan Zulhairi terus melangkah masuk ke bilik mereka
*****
Kehidupan kampus bermula. Zulhairi dan Zafuan menghadiri kelas pertama mereka. Pelbagai gelagat dijumpai. Mata zulhairi tertumpu pada sepasang mata yang dia kenali.
`Zaf! Zaf! cuba kau tengok budak tu, aku rasa aku kenallah budak tu. ` Kata Zulhairi sambil memandang perempuan di belakangnya.
`Ya, memang kau kenal pun. Itu Tina, rakan kita. ` Kata Zafuan sambil melambai-lambai ke arah Tina.
`Okay, Tina rupanya, dia sambung kat sini juga ke? ` Soal Zulhairi.
`Ya, dia sambung kat sini juga, aku lupa nak bagitau kau hari tu. ` Kata Zafuan.
Tanpa mereka sedari Tina sudah berada di belakang mereka.
`Hei Zaf, Zul, mengumpat aku ek?` kata tina sambil tersenyum
`Takdelah Tina, aku lupa nak bagitau Zul yang kau sambung kat sini juga.` Kata Zafuan jujur.
`Aku pun terkejut juga, tengok orang kat sebelah kau tadi macam Zul, tapi nak tegur takut salah orang. ` Kata Tina sambil memandang Zulhairi.
`Wei! Prof dah masuk tu, nanti kita borak lagi. ` Kata Tina dan terus ke tempat duduknya.
*****
Kehidupan di kampus ditempuhi dengan penuh cabaran. Tanpa disedari telah sebulan mereka berada disana.
`Tina, hari ni free tak? ` Tanya Zulhairi
`Rasanya free, kenapa Zul? ` Soal Tina kembali selepas memjawab pertanyaan Zulhairi.
`Aku nak ajak keluar makan malam. ` Kata Zulhairi penuh yakin.
`Boleh, nanti ajak Zaf sekali. ` Kata Tina
`Zaf ada kerja, so kita berdua sahaja. ` Kata Zulhairi
`Okay, pukul 8 malam, aku tunggu kat café. ` Kata Tina.
*****
Pukul 7.45 malam zulhairi sudah terpacak di tempat yang dijanjikan oleh Tina.
`Hai Zul, awal kau sampai. ` Kata Tina.
`Takdelah baru je sampai. ` Kata Zulhairi
Mereka berdua berjalan beriringan ke meja makan.
*****
`Tina, Aku nak bagitau kau sesuatu. ` Kata Zulhairi memulakan bicara.
`Apa? ` Soal Tina
`Aku sukakan kau tina. ` Kata Zulhairi tersekat-sekat.
Tina hanya berdiam diri tanpa sebarang jawapan. Mereka meneruskan makan malam mereka. setelah itu mereka pulang ke bilik masing-masing.
*****
`Zaf! Zul sukakan aku. ` Kata Tina gembira.
`Really! Baguslah. ` Kata Zafuan sedikit kecewa
`Kenapa zaf, macam tak suka je aku dengan zul. ` Ujar Tina.
`Takdelah, aku gembira dengan hubungan korang, okaylah Tina aku ada hal nak kena uruskan, aku pergi dulu. ` Kata zafuan dan terus ke perpustakaan.
Zafuan terus pergi meninggalkan Tina keseorangan. Zafuan melangkah dengan penuh kecewa. Tapi disebabkan hubugan rapatnya dengan Zulhairi, dia terpaksa terima hubungan Zulhairi dengan Tina.

ANTARA SAHABAT DAN CINTA (BAHAGIAN 2)
Setelah 3 tahun berada di Indonesia, Zafuan kembali ke tanah air dengan semangat yang baru. Sepangjang dia berada di sana hubungan dia dengan Zulhairi dan Tina semakin renggan. Sesekali Tina ada menghantar e-mail kepadanya tapi dibiarkan sahaja email Tina tanpa sebarang jawapan.
Zafuan tiba di tanah air jam 5 petang setelah mengharungi beberapa jam penerbangan. Dia disambut oleh keluarganya.
` mana Zaf ni paknya.` Tanya Mak Cik Midah dengan wajah yang kerisauan.
`kejap lagi sampailah tu…janganlah awak risau sangat…insyaALLAH dia selamat tiba` kata Pak Din dengan lancar walaupun hatinya begitu risau akan keselamatan anak lelakinya tapi dia tidak menzahirkan perasaan tersebut.
Beberapa minit kemudian, berpusu-pusu orang keluar dari blai ketibaan. Dalam keriuhan di tempat tersebut muncul seorang lelaki kacak dan berbadan sasa.
`Assalamualaikum…mak..ayah. ` Kata Zafuan lantas menyalami tangan kedua-dua orang tuanya.
`Waalaikumussalam….Zaf…kamu sihat nak` Tanya Mak Cik Midah dengan wajah yang ceria kerana rindu yng ditangung selama ini dapat zahirkan di hadapan anak terunanya.
`Zaf kata Zaf sampai jam 4 petang…tapi sekarang dah jam 5 petang` Tanya Pak Din inginkan kepastian
`ada masalah teknikal sebelum penerbangan tadi..jadi flight Zaf di tunda sejam kemudian. ` Terang Zaf panjang lebar.
`jomlah kita balik..kesian budak ni penat...kita borak kat rumah pulak` celah mak cik midah.
Mereka meninggalkan lapangan terbang subang dengan kegembiraan.
Setibanya di rumah, Zafuan duduk di jendela menghadap ke rumah lama Zulhairi. Segala kenangan lalu terimbau kembali.
*****
`Zaf, kenapa kau semakin jauh dari kami, seolah-olah kau lari dari kami berdua. ` Kata Zulhairi.
`Takdelah, aku sibuk sikit. ` Kata Zafuan
`Mana ada kau ganggu kitaorang, kau kan sahabat aku. ` Kata Zulhairi.
`Takpelah Zul, aku ada ke aku takde ke sama je. ` Ujar Zafuan sinis.
`Jangan macam itu Zaf, sedih aku bila kau macam itu, ke kau sukakan Tina juga kan, sebab tu kau macam ni. ` Kata Zulhairi
`Ya, memang akukan Tina, puas hati. ` Kata Zafuan sedikit marah.
`Kalau macam tu, kau ambik je lah Tina tu. ` Kata Zulhairi
`Senang je kau cakap, kau ingat Tina tu barang mainan, Tina kan dah pilih kau, aku terpaksa terima tu. ` Kata Zafuan.
`Tapi…. ` Kata Zulhairi.
`Dahlah Zul, tak guna kita bergaduh pasal hal Ini, bagi aku masa untuk menerima keadaan ini. ` Kata Zafuan.
`Okay, aku takkan bincang lagi pasal Tina, tapi kau kena janji dengan aku, kau tak buat perkara bodoh. ` Kata Zulhairi.
*****
Tanpa disedari air mata lelakinya tumpah menujah pipinya yang licin itu. Lamunan Zafuan terhenti apabila mendengar suara maknya. Pantas diseka air matanya.
`Zaf buat apa kat sini` Tanya Mak Cik Midah setelah dia merapati Zafuan.
Zafuan bergerak ke sofa di ruang tamu rumah usang milik keluarganya tanpa menjawab pertanyaan ibunya. Mak cik midah membontoti langkah anaknya.
`Zaf..kenapa ini..dari tadi mak tengok Zaf asyik termenung je…ke Zaf tak suka balik kampong?` bicara Mak Cik Midah memecahkan tembok kesunyian yang dicipta oleh anaknya.
`Tkdelah mak..Zaf suka bila dapat balik kampung..tapi…tapi….` Kata Zafuan tersekat-sekat.
`Tapi apa zaf? ` Kata Mak Cik Midah dengan riak kerisauan di wajahnya.
`Zaf teringat kenangan lama mak. ` Jawab Zafuan perlahan.
`kenangan lama?` Tanya Mak Cik Midah yang masih tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh anaknya.
`kenangan Zaf bersama Zul dan Tina. Bagaimanalah mereka sekarang…mesti sudah berkahwin. ` Terang Zafuan
`Kenangan tu memang sentiasa tersemat di ingatan kita…tapi kenangan yang membuat kita bersedih kita perlu lupakan. ` Nasihat Mak Cik Midah seakan-akan memahami perasaan Zafuan ketika ini.
Zafuan mendiamkan diri. Mak Cik Midah bergerak ke dapur membiarkan Zafuan bersendirian.
*****
Zafuan berjalan-jalan di kedai barangan elektronik. Sedang asyik dia melihat salah satu produk di kedai tersebut, seseorang telah menegurnya.
`Zafuan? ` Soal Tina.
`Ya, saya Zafuan. Awak siapa? ` Kata Zafuan.
`Awak tak ingat saya? Saya Tina la, teman sekampung, teman sekolah, teman seuniversiti. ` Kata Tina.
`Laa, Tina rupanya, makin cantik sekarang. ` Kata Zafuan.
`Takdelah, saya sama sahaja seperti dulu, awak buat apa kat sini? Soal Tina.
`Saja jalan-jalan, bosan duduk kat rumah, awak pula? Soal Zafuan kembali setelah menjawab persoalan daripada Tina.
`Saya teman kan suami saya, dia masuk ke kedai sukan. Jadi saya pun ke sini untuk melihat kalau-kalau ada barang yang saya berkenan. ` Jawab Tina.
`Okay. ` Jawab Zafuan ringkas.
‘Jom kita ke sana, ada perkara saya nak bagitau awak. ` Ajak Tina.
`Zul tak cari awak ke nanti? ` Tanya Zafuan.
`Zaf, Zul dah setahun meninggal dunia` Beritahu Tina.
`What? Habis tu, suami awak bukan Zul? ` Soal Zafuan untuk mendapatkan kepastian.
`Bukan, saya berkahwin baru 6 bulan, jodoh saya dengan Zul tak panjang, selepas tamat universiti Zul telah berhijrah ke Sabah. Di sana dia telah berjumpa seorang gadis dan mereka sangat rapat sehingga gadis tersebut meluahkan perasaan cintanya kepada Zul. Tapi Zul menolak dan sejak dari hari itu, kesihatan Zul sering terganggu. Bila pergi ke hospital, doctor kata Zul sihat tapi rupa dan fizikal Zul tidak menampakkan sedemikian. Kami ada juga berjumpa dengan ustaz, ustaz tu kata Zul kena buatan orang. Tapi masa jumpa ustaz tu, keadaan Zul sudah teruk. Beberapa hari selepas jumpa ustaz tersebut Zul meninggal dunia` Terang Tina sambil mengesat air matanya.
`Innalillahiwaillahirajiun…kenapa awak tak hubungi saya, saya tak tahu pun perkara ini` kata Zafuan dengan perasaan sedih.
`Saya cuba cari awak, saya ada ke rumah awak beberapa hari sebelum Zul meninggal, tapi keluarga awak tiada kat rumah, kata jiran mereka ke Perlis dan saya cuba telefon awak, tapi awak dah tukar nombor telefon. Jadi saya buntu` Jawab Tina.
`Saya minta maaf Tina, disebabkan ikutkan perasaan, saya lupa akan nilai persahabatan.` Kata Zafuan kesal.
`Takpelah Zaf, benda dah nak jadi dan dah tersurat Zul pergi lebih awal daripada kita` Ujar Tina meredakan rasa bersalah Zafuan terhadap Zulhairi.
*****
`La, kat sini rupanya, puas abang mencari. ` Kata Aidil Firdaus setelah mendapatkan Tina.
`Abang, Tina mala nak ganggu abang tadi, ingatkan lama lagi abang kat dalam kedai tu, oh ya, abang ini kawan Tina, namanya Zafuan. Zaf ini suami saya Aidil Firdaus. ` ujar Tina sambil memperkenalkan Zafuan kepada Aidil Fidaus.
Zafuan bersalaman dengan Aidil Firdaus dan mereka duduk di café tersebut sambil berkongsi cerita dan bergelak ketawa sehinggalah Tina dan Firdaus meminta diri untuk ke tempat lain. Sebelum bergerak Tina menyerahkan surat terakhir Zulhairi kepada Zafuan. Zafuan menyambutnya dengan perasaan sedih dan rasa bersalah. Tina dan Firdaus terus meninggalkan Zafuan.
*****
Semenjak dari hari Zaufan bertemu dengan Tina. Kehidupan Zafuan dilanda kemurungan dan kesedihan. Sehinggalah dia membaca surat yang diserahkan oleh Tina semasa pertemuan mereka hari itu. Perlahan-lahan Zafuan membuka kertas yang bertulis tangan itu. Zafuna sangat mengenali tulisan tersebut.
Assalamualaikum sahabatku,
Hidup ku tidak lama lagi di dunia. Aku harap kau sihat dan bahagia di samping orang tersayang. Aku tahu kau kecewa dengan aku. Aku minta maaf Zaf, bukan niat aku nak rampas Tina daripada kau tapi aku tidak mampu melawan perasaan aku ketika itu. Aku tidak anggap kau sebagai musuh, kaulah sahabat aku dunia akhirat dan selamanya kau tepat dalam ingatan aku.
Zaf, aku harap kau jaga Tina selepas pemergian aku. Jangn kau tangisi pemergian aku dan aku nak teruskan hidup kau. Jagalah orang yang kau saying dan jangan abaikan mereka. Aku akan gembira di alam sana kerana aku akan berjumpa semula dengan kesemua ahli keluarga aku. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka.
Zaf, sekali lagi aku minta maaf atas semua kesalahan yang aku telah lakukan terhadap kau. Aku harap kau akan menerima maad aku. Sedekahkanlah Al-fatihah kepada aku sekiranya kau mengingati aku.
Jangan lupa kirim salam aku kepada keluarga kau. Ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka. jasa mereka tidak akan aku lupakan.
Akhir sekali, sekali lagi aku minta maaf atas kesemua kesalahan aku kepada kau dan juga keluarga kau. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku.
Yang sentiasa mengingatimu
Zulhairi Bin Azhar
Air mata Zafuan mengalir setelah habis membaca surat tersebut. Persahabatannya dengan Zulhairi tamat dengan kisah yang tidak jangka olehnya.
**TAMAT**